MISI UNIT KURIKULUM

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah dan mampu bersaing dalam pasaran kerja masa hadapan.
  2. Menyediakan program bantu akademik yang menggunakan seluruh keupayaan guru dan tenaga pakar dari dalam mahupun luar sekolah bagi merealisasikan aspirasi PPPM dan menjadikan KEDAH TOP 5 sebagai satu realiti.
  3. Memastikan pengurusan akademik diuruskan secara professional dan memenuhi kehendak stage holder – KPM, JPN, PPD, masyarakat, waris dan murid.
  4. Memastikan program-program bantu akademik bergerak dengan sempurna agar school target2017 yang merangkumi ETR, peratus lulus, GPS, straight A,

school band & composite score yang disasarkan pada Dashboard SMK Megat Dewa menepati sasaran.

PELAKSANAAN

Bagi merealisasikan hasrat di atas, unit Kurikulum akan

  • Memperkasakan Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)
  • Menstrukturkan program bantu akademik yang berkeupayaan memberi nilai tambah kepada pencapaian akademik.
  • Menggunakan tenaga pakar akademik dari dalam dan luar sekolah bagi membantu pelajar.
  • Menambahkan kemahiran guru dalam penghasilan PdP abad 21 yang menarik & berkesan melalui LADAP, Profesional Learning Community (PLC), khidmat bimbingan dan motivasi yang akan dilaksanakan.
  • Menggunakan headcount untuk mengenal pasti pelajar berpotensi cemerlang disamping mengkelaskan pelajar berprestasi sederhana dan rendah untuk dibantu melalui program pengkayaan dan pemulihan.
  • Menggalakkan guru mempraktikkan amalan-amalan terkini dalam PdP yang diharapkan dapat member nilai tambah kepada minat belajar murid dan keberkesanan penguasaan PdP guru.
  • Menjalin kerjasama bersama komuniti (Sarana Ibubapa ) dan agensi luar untuk bersama-sama membantu program akademik sekolah.
  • Melaksanakan kajian tindakan. 1 bidang, 1 kajian tindakan.
  • Guru Cemerlang menghasilkan satu kajian tindakan.
  • Sukatan pelajaran tingkatan lima dihabiskan selewat-lewatnya pada bulan Jun.