Salam sejahtera.

Alhamdulillah,

ALHAMDULILLAH  segala perancangan dan tugasan tahun 2019 telah berjaya kita tempuh bersama dengan jayanya melalui komitmen yang padu, usaha dan iltizam tanpa jemu daripada para guru sekalian.

                In Sya Allah segala usaha ini akan kita teruskan gandingan mantap semua warga sekolah untuk tahun 2020. Saya percaya dengan fokus kemenjadian murid yang berketrampilan selaras dengan visi sekolah melalui misi yang telah dijanakan bersama-sama untuk tahun 2019 mampu kita capai dan realisasikan.

                Manual Pengurusan 2020 diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua guru serta staf agar dapat kita gapai kejayaan melalui beberapa dasar yang dibina selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).’Blue Print’ sekolah yang digariskan dibawah ini akan dijadikan asas kepada KPI untuk semua bagi diimplimenkan pada tahun 2020 :-

 

  1. 30% daripada soalan untuk setiap kali ujian dan peperiksaan haruslah memenuhi soalan KBAT.
  2. 8 peta pemikiran I-Think akan menjadi ‘tools’ yang utama dalam alatan PdP guru.
  3. 10% peruntukan wang PCG panitia mata pelajaran akan difokuskan kepada BBM bagi melaksanakan program I-Think yang sememangnya membantu dalam KBAT agar hasil terakhir kita berupaya memenuhi KPI bersama untuk meningkatkan pencapaian akademik.
  4. PLC (Profesionalisme Learning Community) menjadi agenda utama dalam menepati elemen 4 SKPM 2003.
  5. Meningkatkan peratus kehadiran dan sahsiah murid.
  6. Meningkatkan potensi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  7. Sekolah berwatak dengan menjadikan Project Base Learning (PBL) sebagai satu kaedah pembelajaran di sekolah. Memperkasakan Google Classroom sebagai satu kaedah pembelajaran kepada semua murid.
  8. Melahirkan pelajar-pelajar berketerampilan dalam kepimipinan melalui akademik dan Kokurikulum.

Marilah kita bulatkan tekad, bangunkan azam yang membara dan bersama-sama bersedia menempuh segala rintangan, agar kita dapat mencapai kejayaan serta memenuhi keenam-enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi sesi 2020 di SMK Megat Dewa melalui dasar yang telah ditetapkan.

SELAMAT MAJU JAYA

 

Sekian.

Saya yang menurut perintah

 

……………………………………………

(ALI BIN AWANG KECHIK)

 

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa

06100, Kodiang Kedah