Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah sekolah menengah cawangan kepada Sekolah Menengah Permatang Bonglai, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman pada 1 Januari 1979. Pada masa itu sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan sesi pengajiannya diadakan di sebelah petang.

Mulai 1 Januari 1982 , dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 20, Jalan Kodiang, Kod sekolah ialah KEA 4060. Pada 17 Jun 1982 menggunakan bangunan sendiri di lokasi sekarang yang terletak 1 kilometer dari Pekan Megat Dewa. Sekolah ini dirasmikan oleh Tun Mahathir b Mohamad,  pada 2 Ogos 1986. Mulai 27 Julai 1991 , nama sekolah Menengah batu 20 ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Megat dewa. Asrama desa diwujudkan pada penggal kedua sesi 1991 /1992. Keluasan tapak ialah 6.48 hektar terletak kira-kira 1.5 km dari Simpang Batu 20 dan 1km dari Pekan Megat Dewa.

Dua sesi pengajian dijalankan iaitu sesi pagi bagi pelajar tingkatan 3,4,dan 5, sementara sesi petang bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Mulai pada 30 Mac 2003 , sekolah ini telah menjalankan satu sesi pengajian sahaja dengan siapnya dua blok bangunan baru. Mulai tahun 2005, kelas Pra-U telah diwujudkan dengan seramai 33 orang akan mengambil peperiksaan STPM buat kali pertama pada tahun 2006.

Pada 1.4.2009 SMK  Megat Dewa telah dipilih sebagai sekolah bestari kategori luar bandar oleh KPM.

 

Back to Top

Hari Ini Dalam Sejarah SMK Megat Dewa

Sejarah Sek

Back to Top

Back to Top