Pada tahun 2009, Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk membina satu laman web rasmi untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh 5 orang guru iaitu: En. Mohammad bin Ismail, Tn. Hj. Halim bin Mohamad Busri, En. Mohd Yuzi bin Mamat, En. Rozaidi bin Ibrahim dan Pn. Suhaiza binti Che Saad. Pada bulan Mei 2009, web rasmi telah terbentuk dengan alamat http://www.smkmegatdewa.net/. Web tersebut merupakan penanda aras pengunaan teknologi internet dalam sekolah.

Walau bagaimanapun, web tersebut telah ditamat operasinya pada bulan Ogos, tahun 2012 disebabkan oleh serangan cyber (hacking). Semua maklumat telah dihapuskan dalam serangan tersebut dan segala usaha “backup data” telah gagal.

Pada bulan November, 2012, satu bengkel membina laman web sekolah yang dikenali sebagai Project: 2U School, yang dikendalikan oleh syarikat Yeahhost Sdn. Bhd. telah mencetus idea untuk memulakan satu laman web yang baru. Dalam usaha untuk sekali lagi menghidupkan laman web sekolah, satu jawatankuasa baru telah ditubuhkan untuk mengusahakan laman baru sekolah.

Pada bulan Mac, 2013, laman web http://www.smkmegatdewa.edu.my/ telah berjaya dibina dengan wajah baru bertemakan Megat Dewa Highschool yang interaktif dan dikemaskini supaya infomasi sekolah sekali lagi boleh disebarkan melalui saluran jalur internet. Dengan peluang ini, diperkenalkan jawatankuasa baru web Megat Dewa Highschool:

Head Project Manager:

En. Mohammad bin Ismail

Site Designer & Administrator:

Puan Nor’arifah binti Husin

En, Hussin bin Ahmad

Senior Post Editor:

Tn. Hj.  Halim bin Mohamad Busri

Junior Post Editor & Author:

Cik. Noor Aslida binti Ramli (AEDAMS)